Thursday, 20 December 2012

just follow your dreams ✿



Assalamualaikum J Hai.hai.hai. hehe. Dah lama jugak la tak update blog ni. Tengok. Sampai berhabuk dah. *lap dengan kain basah* semenjak dua menjak ni agak sibuk dengan persiapan untuk majlis kenduri mak su kepada malis dan dini. Biasalah semua nak yang terbaik untuk majlis perkahwinan tu nanti. 

cuti ni tak banyak aktiviti sangat. Saya tak pergi mana mana pun. J macam biasa, mungkin belum ada rezeki lagi nak melancong. Insyaallah one day. Amiiin.  :D Aktiviti harian, oh well. Well.well. macam biasa kemas rumah, sidai kain. Bila buat kerja rumah ja mesti orang akan cakap “alamak.bosanlah.” “kacaulah benda ni. Tak bebas” tapi cuba fikir balik. Kalau mak kita tak sidai kain kita,masak untuk kita? Lagilah kita merungut.kan?




Tak salah bantu ringankan beban parents kita. Walaupun sibuk jugak cuti ni,study tetap tak boleh lupa. Nak SPM dah next year. So,kena la buat preparation sikit. Pantas sungguh masa berjalan. Tengok tengok dah nak SPM. Macam  semalam baru mak daftar masuk tadika. :’( hmmph,setakat ni baru buat nota ringkas untuk bio. Yang lain coming soon, Insyaallah.




Tahun depan entahlah macam mana. Takut sangat sangat. Adik adik yang ambil PMR pun dah dapat dah result. Biasalah lumrah hidup,ada yang capai target ada yang tak. J but jangan risau this is not the end. Kita semua belajar dari kegagalan. Siapa tak pernah merasa erti kegagalan kan? Apa yang penting work harder. Naik upper form suasana dia sangat berbeza. Remember! Past is past. Never look back. *peringatan untuk diri sendiri jugak ni* :P




                                                                                                        *pesanan ringkas dari syamkamarul *




Sedar tak sedar dah banyak jugak saya berceloteh. J haha. Tahan je lah yee. Itu ja lah kot untuk hari ni. Entah bila lagi nak update entahlah. Hahaha. Bye bye, assalamualaikum. 




P/s : saya rindu kawan kawan saya especially mena,dini,malis,din & majudians :D



                                                                                                                                                                        Sincerely,me :D

Wednesday, 11 April 2012

April ✿

assalamualaikum :)) 
rasanya mmg dah lama sangat kan tak update blog? seriously,memang malas + busy sangat2 . sepanjang tempoh tak aktif update blog ni,saya busy sikit dengan kawad kaki,drama competition,NiE competition dan coming soon.. Spell it right challenge! banyaknya saya masuk tahun ni. aktif gila2.




masa berlatih kawad,memang penat,hilang selera makan semua ada.alhamdulillah la masa pertandingan tu semua berjalan lancar walaupun masa tengah kawad rasa nak pengsan. tapi sebab semangat yang kuat tak nak tengok yang lain sedih,saya teruskan jugak. :)) syukur kepada Allah swt,kami jadi johan.


                                               ✿ lepas menang :))


Alhamdulillah,lepas kawad.menang drama pulak.syukur alhamdullillah. rezeki Allah bagi melimpah ruah. :)) tapi sepanjang drama ni,watak menangis memang susah sangat.macam2 dah cuba sapu,bam gamat semata mata nak bagi menangis.nasib baik boleh jugak menangis.fuhhhhh.  apa2 pun abang2,kakak senior dalam drama yang banyak bagi semangat.team work tu penting,satu tak jalan habis laa. apa2 great moment sangat2.




                                                            ✿dengan abang kandung saya




lastly,ni pulak time NiE. kami salah satu sekolah yang pelajarnya melayu menang pertadingan ni. Alhamdulillah,rezeki lagi.bersyukur sangat.apa2 pun tanpa semua siapa lah saya kan? okay,got to go laa.bye2 assalamualaikum. :))






                                               ✿snap masa NiE hari tu. :))

Saturday, 4 February 2012

memorable moments ✿

Assalamualaikum :))






hehe,dah lama rasanya tak tulis blog.maklumlah sekarang ni memang agak sibuk sikit.aktiviti kokurikulum pun dah start.agak susah nak luangkan masa dengan benda2 yang kita rasa tak berapa penting. :)) okay lah,post kali ni pasal seorang kawan, junaidah. cepatnya masa berlalu. dah hampir seminggu junaidah pergi SBP. rindu sangat2. tahun ni memang banyak perpisahan berlaku.tapi ini semua untuk kebaikan masa depan mereka jugak.


harap sangat2 nanti kita semua dapat jumpa balik.rindu betul dengan jun. tiap2 hari kalau tak dengar suara happy jun memang tak sah.dah nak hampir 4 tahun belajar sama2,kita terpaksa berpisah. dalam tempoh masa ni,dah banyak sangat kami semua lalui. gaduh,ketawa. saya memang takkan lupakan kenangan2 tu. last day jumpa jun 30 januari hari tu. agak2,bila boleh jumpa? :'))




bila kenang balik semua ni,ada terjumpa gambar saya dengan jun. :D


                                             ✿masa form two


walaupun jun dah tak ada,kami tetap ingat jun. semua budak2 kelas 4 maju semakin bekerjasama. :)) suka sangat tahun ni. tak tau laa kenapa. budak2 laki pun sporting. hehe,harap sangat semua ni kekal sampai kita dah kerja nanti. AMINN.yang tak bestnya,kami semua masih diburu rasa takut. takut dengan budak ni. selalu tengok pergerakan kami.rimas,seriously rimas. selalu call,hantar mesej. aduhh,pening + takut. Ya Allah,berikanlah hambamu ini petunjuk. 

sekarang ni,saya boleh rasa lega sebab dah berani cakap dengan budak amir ni.dulu,walaupun 2 tahun kelas sama,boleh kira dengan jari sangat cakap dengan dia. hehe,sekarang baru tau dia memang gila2. haha,hope persahabatan kita semua kekal. Aminn. :))



                                              ✿saya takut cakap dengan dia ni. :)) *tarik selimut*




Tuesday, 24 January 2012

Childhood memories ✿

Assalamualaikum  :))


mood saya sangat happy laa hari ni. haha,takkan nak selalu sedih ja kan? happy jugak tapi kena bertempat. okay lah,post kali ni memang ingatkan saya masa zaman budak2 dulu.sekarang dah masuk alam remaja.so pemikiran,perwatakan dan keinginan berbeza dengan kanak2. dulu masak budak2,nak mainan abah belikan.abah belikan sebab nak bagi saya gembira. Besar pengorbanan parents kita. haha.


hari ni,saya happy sangat sebab dapat keluar sama2 dengan ibu dan abah. :)) beli groceries sikit. dah lama jugak tak keluar macam ni memandangkan kami cuma ada moto ja untuk bergerak.tu pun dah cukup bersyukur,Alhamdulillah.rezeki jugak namanya tu.kehidupan saya tak la susah,tak senang. tapi bila keluar beli barang tadi teringat zaman kanak2 dulu.masa pergi beli groceries,saya akan duduk dalam troli.troli abah yang tolak.abang saya pun teringat jugak masa tengah pilih nugget tadi.haha,abang saya sedih jugak bila teringat balik. tapi,kesedihan dan kesusahan ni lah yang akan bantu saya capai cita2 saya. Insyakallah,AMINN.




then,kami makan mee bandung tadi lepas beli groceries.banyak benda kami satu family bincangkan. masa depan,hati dan perasaan,sekolah.haha.banyak kalau nak cerita. saya selalu gelak sorang2 bila naik moto selain menangis sebabnya..helmet saya selalu senget. kesian,mesti orang dah cakap saya tak berapa betul.haha.




bila teringat zaman kanak2,teringat pulak nak cari gambar masa form 1 dulu.nasib baik jumpa.




                                                     ✿ form one


                                                       ✿form two

                                                  

                                                         ✿form three


                                                           ✿form four

haha.muka ada nampak makin matured tak? entah2 sama ja. form five? nanti dulu. entah laa macam mana. ok laa,mengantuk.dah pukul 1 pagi dah. byebye. gudnight. jumpa nanti :)) *yawned sambil tutup mulut*

Monday, 23 January 2012

It's hard to say? ✿

Assalamualaikum :))


 Selamat menyambut tahun baru cina. hehehe. hurm,macam mana ya nak cakap? Post kali ni memang agak merumitkan dan sangat2 membuatkan saya agak tertekan. sapa laa yang suka stress2 ni? kalau boleh semua orang nak elak stress. tapi,apakan daya. dugaan ALLAH mematangkan kita dari semua aspek. Okaylah,let's start.


  Baru2 ni keputusan SBP dah keluar,saya dengan kawan2 lain yang mohon ikut cikgu untuk check result SBP. agak sedih jugak sebenarnya.saya tak dapat laa.tak pa saya selalu pegang kata2 ni ''Rezeki mana2 pun ada kan?Cuma cepat atau lambat ja. Allah dah aturkan benda yang terbaik dekat kita pada masa depan.'' so, no biggie la. kalau saya dapat pun,memang saya nak reject. kesian pulak kalau fikir2 balik.Melaka.jauh tu. macam mana abah nak hantar? naik moto ke melaka? berasap punggung. tak pa laa,duduk ja dekat mana2.ilmu mana2 boleh dapat asalkan kita ikhlas.


Ahh,mula laa mata ni nak mengalirkan air mata.entah kenapa. okay,holiday seminggu raya cina ni. ole2 pun banyak cikgu bagi.tak pa,tak kisah.nak berjaya,memang kena telan pahit.karangan bm memang banyak 6 karangan in a week.add math,nota agama. :D tak pa,benda ni memang tak bagi stress. tak effect langsung. sebenarnya benda yang bagi saya stress ni sebab seorang budak ni. Ya Allah,hanya Engkau sahaja yang maha mengetahui. 


saya memang suka berkawan,tak kira status.pandai, kaya, miskin even hina sekali pun. I'm human.saya sedar kedudukan saya yang cuma sementara ni.saya ada senyum dekat dia,as a feedback?dia buat tak tahu je. okay,you're mine girl! then,masa saya online fb.dia hantar chat.tanya saya "hani,kenapa kau sombong sangat sekarang?'' ''kenapa kau dah tak senyum kat aku?'' ''kenapa aku senyum kau buat tak tahu?'' bila pulak dia senyum?aduhh,saya tunduk bawah tengok lantai,dilabel SOMBONG.


Lebih teruk bila saya tengah sibuk cari essay+webcam dengan kawan saya,dia sumpah saya.dia mintak sangat saya dapat balasan setimpal. Ya Allah minah ni. kerek. haha,saya malas la nak cari gaduh.buat apa nak keruhkan keadaan?lantaklah,mulut manusia mana boleh tutup? then,dia kacau pulak kawan saya.tanya benda sama.kesian kawan saya. kalau boleh malas nak libatkan orang lain. yang ajaib,lepas dah sumpah seranah semua,mintak tolong kawan saya baikkan hubungan kami. saya memang dah malas,kalau dah maki,sumpah2.memang hati ni tertutup rapat. 




dah la,hati pun memang panas.sedih + marah. biarlah,ada hikmah disebalik semua ni.tapi ingatlah jugak,saya manusia.ada hati dan perasaan. memang sekarang saya dah ada haters. thank you. ok laa,mengantuk la. *yawned* 







                  ✿ masa rehat sekejap sebab jari sakit buat karangan

Thursday, 5 January 2012

new life,new strategies.

     


 Assalamualaikum.  :D  hehe. nampaknya,kita jumpa lagi. sebelum tu,lupa la nak cakap. "HAPPY NEW YEAR!". aduhai. lambat kan?. biasa la.tahun ni memang busy sikit,maklumlah.dah masuk form 4 dah. haha. rindu gila zaman form 3,zaman hidup menderita sementara. masuk ja new year ni,macam2 benda boleh berlaku. benda yang kita suka mahupun benda yang kita memang tak suka.itulah lumrah kehidupan. kalau asyik dapat benda best ja,bila kita nak kenal erti hidup.betul tak?


       okay lah, sebenarnya memang banyak sangat benda nak cerita. especially pasal sekolah. sekolah oh sekolah. rindu betul tau kalau tak pergi. rindu nak pegang buku,nak belajar and of course la rindu nak jumpa ehem2.  *batuk kering melanda* haha. first day sekolah, saya dah pegang jawatan pengawas. dengan baju oren,fuhh. semua orang tengok pelik ja. teringin ja nak cakap ''EH!salah pakai baju ka?"  memang happy sangat2 bila jumpa kawan2.


         tapi,first week memang tak belajar lagi. tak tau aliran apa.  Alhamdulillah,hasrat nak masuk kelas sains tulen tercapai jugak. Biologi la subjek paling ditunggu tunggu sebenarnya. minat betul nak belajar pasal nutrition. haha,lebih best lagi..dapat jumpa balik kawan2 sekolah rendah.macam reunion la pulak kan?  haha,bukan tu ja,dapat la dengar cerita mena yang baru balik daripada Korea. best betul dia.tapi,dia tetap tak lupa kawan2. tengok ni apa dia beli dekat saya.











                                           * cnblue's stuff from korea*


 memang menjerit la bila dapat.haha,tapi bila kita happy sangat,mesti akan dengar cerita sedih. kawan saya nak mintak kelas sains tulen.tapi tak dapat. dia memang tak minat akaun. minat sains lagi.bila mintak tukar,cikgu tak bagi. cikgu cakap kalau nak sangat kelas sains,pindah ja sekolah lain. menusuk jantung dengar. Alhamdulillah, berkat slowtalk dengan cikgu ni,dia bagi jugak kawan saya ni masuk.fuhh,harap2 kami dapat study sama2 laa. AMINN. =D





 hurmm,lagi satu benda sedih ni. tadi ada junior tegur saya cakap tahniah sebab result.saya senyum dan cakap thank you. tapi kawan saya ni,result biasa2 ja.orang tak ucap tahniah. mesti la sedih.siapa tak sedih kalau kena pulau macam tu. at least give her some spirit. saya paham sangat apa perasaan dia. sedih,malu.  ikutkan hati memang tak nak pergi sekolah. tapi,saya cakap dekat kawan saya tu, ''don't worry.your time will come.buka mata orang kat luar sana. SPM,prove it. orang yang tengah top,they're not going to be on the top forever right?.'' saya harap sangat kawan2 saya semua tak putus semangat. AMINN.




          okay lah,mengantuk jugak ni.hahha. *menguap besar* . okay  B Y E ! Assalamualaikum.jumpa nanti.

p/s : orang yang kita sanjung dulu,tak mustahil kita akan dicaci dan dihina pada masa depan.

Tuesday, 27 December 2011

It's december! ✿


Hi! Welcome gingerbread's diary. okay,saya masih baru kat sini. so i'm still learning untuk jadi pro lah katakan?. hahaha. Okay,okay! *dari tadi asyik cakap "okay" ja..bila nak mula story*. post pertama saya ni pasal december. Bulan saya dilahirkan. Macam semua orang tahu,bulan ni bulan holiday yang buleh tahan jugak bosannya kan?.






   sepanjang bulan december,memang diakui sangat2 boring.tak da apa pun nak buat melainkan tolong parents buat kerja rumah.tapi,tak la teruk sangat.lama2 rasa enjoy pulak.haha. macam tahun2 sebelumnya,family saya bukanlah jenis yang suka melancong sangat,jadi cuti this year pun might simple jugak. 


       aktiviti saya masa cuti ni,buat lawatan rumah nenek kesayangan la.apa lagi?. tu la tempat yg buleh buat saya rasa tenang sangat2 diikuti dengan sekolah.haha.bila pergi ja rumah tok, mesti dapat cuci mata tengok dua orang budak cute ni. Ishh! geramm *gigit baju* =D






                                             ✿fatyhah najwa


                                             ayman




         cute kan budak2 ni? haha,walaupun bulan december banyak sangat terperuk kat rumah. tapi ada benda yg saya tengah tunggu sebenarnya. RESULT PMR. hah!jantung macam nak tekeluar jaa,bila sebut.fuhhhh! masa hari ambik result lagi lahh. kawan saya cakap 3 orang dapat 8A.harap memang tahap kritikal dah tuh. tepat ja pukul 10 pagi,saya dengan kawan2 gagahkan jugak diri nak ambik result.


      sebelum saya ambik result,ada cikgu panggil dan cakap macam ni.."let me be the first one to congratulate u". Ishh,apa pulak ni?. haha,muka dah cuak dah.tak pa la,ambik dulu result. tengok2,air mata berderai-derai jatuh! muka sah laa dah sebek! Alhamdulillah,saya dapat straight A. tak tau sangat nak cakap pa. tu la menangis. ~memang memalukan betul laa.~




  
    
       hurm,apa2 pun credits to teachers,friends and of course ibu and abah! pengalaman balik dari giant dengan keadaan basah lencun.memang mencabar betul. saya mengaku saya menangis masa duduk atas moto.saya sedih sangat2 tengok ibu dengan abah susah2 cari duit untuk kami adik beradik. bukan sekali ja saya mengangis,dah selalu sangat.bila orang tanya ja,"holiday ni pergi mana?" jawapan tu memang susah nak jawab.haha,dah la. tak nak nangis lagi ni.


       cikgu2 pun tak kurang hebat jugak membantu. kerja sekolah memang banyak dalam sehari dan mesti hantar esok kalau bagi hari ni. stress jugak bila tak siap. ada sekali tu,menangis sebab terlalu letih.dengan tuisyen,aktiviti koko la. homework,tak siap lagi! waduuhhh! hurmm,setakat tidur 2 pagi dan bangun pukul 4.30 tu macam dah biasa. effect dia pun dah buleh handle.


    
         tapi,betul kan kata2 ni?. "no pain,no gain." akhirnya segala kerja keras,dapat hasil yang memang best sampai ibu dengan abah sampai hari ni tak berhenti senyum sampai ke telinga. tapi,kita kena ingat jugak.tak buleh leka. SPM ada lagi la. jangan anggap dah hebat sampai lupa diri. haha.




    okay la,dah lama menulis ni.sakit otak tau perah idea.hahaha. *menguap*. kita jumpa nanti ya?. bye2. 




P/S: @_kimmina96 have a nice holiday in Korea okay! :))