Tuesday 27 December 2011

It's december! ✿


Hi! Welcome gingerbread's diary. okay,saya masih baru kat sini. so i'm still learning untuk jadi pro lah katakan?. hahaha. Okay,okay! *dari tadi asyik cakap "okay" ja..bila nak mula story*. post pertama saya ni pasal december. Bulan saya dilahirkan. Macam semua orang tahu,bulan ni bulan holiday yang buleh tahan jugak bosannya kan?.






   sepanjang bulan december,memang diakui sangat2 boring.tak da apa pun nak buat melainkan tolong parents buat kerja rumah.tapi,tak la teruk sangat.lama2 rasa enjoy pulak.haha. macam tahun2 sebelumnya,family saya bukanlah jenis yang suka melancong sangat,jadi cuti this year pun might simple jugak. 


       aktiviti saya masa cuti ni,buat lawatan rumah nenek kesayangan la.apa lagi?. tu la tempat yg buleh buat saya rasa tenang sangat2 diikuti dengan sekolah.haha.bila pergi ja rumah tok, mesti dapat cuci mata tengok dua orang budak cute ni. Ishh! geramm *gigit baju* =D






                                             ✿fatyhah najwa


                                             ayman




         cute kan budak2 ni? haha,walaupun bulan december banyak sangat terperuk kat rumah. tapi ada benda yg saya tengah tunggu sebenarnya. RESULT PMR. hah!jantung macam nak tekeluar jaa,bila sebut.fuhhhh! masa hari ambik result lagi lahh. kawan saya cakap 3 orang dapat 8A.harap memang tahap kritikal dah tuh. tepat ja pukul 10 pagi,saya dengan kawan2 gagahkan jugak diri nak ambik result.


      sebelum saya ambik result,ada cikgu panggil dan cakap macam ni.."let me be the first one to congratulate u". Ishh,apa pulak ni?. haha,muka dah cuak dah.tak pa la,ambik dulu result. tengok2,air mata berderai-derai jatuh! muka sah laa dah sebek! Alhamdulillah,saya dapat straight A. tak tau sangat nak cakap pa. tu la menangis. ~memang memalukan betul laa.~




  
    
       hurm,apa2 pun credits to teachers,friends and of course ibu and abah! pengalaman balik dari giant dengan keadaan basah lencun.memang mencabar betul. saya mengaku saya menangis masa duduk atas moto.saya sedih sangat2 tengok ibu dengan abah susah2 cari duit untuk kami adik beradik. bukan sekali ja saya mengangis,dah selalu sangat.bila orang tanya ja,"holiday ni pergi mana?" jawapan tu memang susah nak jawab.haha,dah la. tak nak nangis lagi ni.


       cikgu2 pun tak kurang hebat jugak membantu. kerja sekolah memang banyak dalam sehari dan mesti hantar esok kalau bagi hari ni. stress jugak bila tak siap. ada sekali tu,menangis sebab terlalu letih.dengan tuisyen,aktiviti koko la. homework,tak siap lagi! waduuhhh! hurmm,setakat tidur 2 pagi dan bangun pukul 4.30 tu macam dah biasa. effect dia pun dah buleh handle.


    
         tapi,betul kan kata2 ni?. "no pain,no gain." akhirnya segala kerja keras,dapat hasil yang memang best sampai ibu dengan abah sampai hari ni tak berhenti senyum sampai ke telinga. tapi,kita kena ingat jugak.tak buleh leka. SPM ada lagi la. jangan anggap dah hebat sampai lupa diri. haha.




    okay la,dah lama menulis ni.sakit otak tau perah idea.hahaha. *menguap*. kita jumpa nanti ya?. bye2. 




P/S: @_kimmina96 have a nice holiday in Korea okay! :))










     

No comments:

Post a Comment