Monday 23 January 2012

It's hard to say? ✿

Assalamualaikum :))


 Selamat menyambut tahun baru cina. hehehe. hurm,macam mana ya nak cakap? Post kali ni memang agak merumitkan dan sangat2 membuatkan saya agak tertekan. sapa laa yang suka stress2 ni? kalau boleh semua orang nak elak stress. tapi,apakan daya. dugaan ALLAH mematangkan kita dari semua aspek. Okaylah,let's start.


  Baru2 ni keputusan SBP dah keluar,saya dengan kawan2 lain yang mohon ikut cikgu untuk check result SBP. agak sedih jugak sebenarnya.saya tak dapat laa.tak pa saya selalu pegang kata2 ni ''Rezeki mana2 pun ada kan?Cuma cepat atau lambat ja. Allah dah aturkan benda yang terbaik dekat kita pada masa depan.'' so, no biggie la. kalau saya dapat pun,memang saya nak reject. kesian pulak kalau fikir2 balik.Melaka.jauh tu. macam mana abah nak hantar? naik moto ke melaka? berasap punggung. tak pa laa,duduk ja dekat mana2.ilmu mana2 boleh dapat asalkan kita ikhlas.


Ahh,mula laa mata ni nak mengalirkan air mata.entah kenapa. okay,holiday seminggu raya cina ni. ole2 pun banyak cikgu bagi.tak pa,tak kisah.nak berjaya,memang kena telan pahit.karangan bm memang banyak 6 karangan in a week.add math,nota agama. :D tak pa,benda ni memang tak bagi stress. tak effect langsung. sebenarnya benda yang bagi saya stress ni sebab seorang budak ni. Ya Allah,hanya Engkau sahaja yang maha mengetahui. 


saya memang suka berkawan,tak kira status.pandai, kaya, miskin even hina sekali pun. I'm human.saya sedar kedudukan saya yang cuma sementara ni.saya ada senyum dekat dia,as a feedback?dia buat tak tahu je. okay,you're mine girl! then,masa saya online fb.dia hantar chat.tanya saya "hani,kenapa kau sombong sangat sekarang?'' ''kenapa kau dah tak senyum kat aku?'' ''kenapa aku senyum kau buat tak tahu?'' bila pulak dia senyum?aduhh,saya tunduk bawah tengok lantai,dilabel SOMBONG.


Lebih teruk bila saya tengah sibuk cari essay+webcam dengan kawan saya,dia sumpah saya.dia mintak sangat saya dapat balasan setimpal. Ya Allah minah ni. kerek. haha,saya malas la nak cari gaduh.buat apa nak keruhkan keadaan?lantaklah,mulut manusia mana boleh tutup? then,dia kacau pulak kawan saya.tanya benda sama.kesian kawan saya. kalau boleh malas nak libatkan orang lain. yang ajaib,lepas dah sumpah seranah semua,mintak tolong kawan saya baikkan hubungan kami. saya memang dah malas,kalau dah maki,sumpah2.memang hati ni tertutup rapat. 




dah la,hati pun memang panas.sedih + marah. biarlah,ada hikmah disebalik semua ni.tapi ingatlah jugak,saya manusia.ada hati dan perasaan. memang sekarang saya dah ada haters. thank you. ok laa,mengantuk la. *yawned* 







                  ✿ masa rehat sekejap sebab jari sakit buat karangan

No comments:

Post a Comment